Kehidupan awal Idris_Khan

Idris dilahirkan pada 15 Disember 1988 di Libya, Afrika Utara kerana ayah beliau bertugas di sana ketika beliau dilahirkan dan merupakan anak kelima dari enam adik beradik lelaki[1] serta berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Beliau dan sekeluarga sering berpindah-randah dari pelbagai negara seperi Perancis, Belgium, Taiwan, Hong Kong, Oman dan Pakistan sebelum ayah beliau bersara. Pada usia 15 tahun, beliau dan keluarga pulang semula ke Malaysia.[2]

Idris terlibat dalam bidang peragaan pada usia 18 tahun selepas ditawarkan pekerjaan itu oleh seorang bekas model. Selepas itu, beliau mula melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti HELP[3] dan selepas menamatkan pelajaran, beliau kembali menjadi model semula. Dalam pada itu, beliau juga pernah bekerja di pejabat Perdana Menteri bersama Penasihat Perdana Menteri sebagai pengawai khas selama dua tahun.

Rujukan

WikiPedia: Idris_Khan http://www.budiey.com/profile-lee-idris-kamal-am-f... http://www.budiey.com/senarai-telefilem-syawal-201... http://www.imdb.com/name/nm8948397/ http://www.star2.com/entertainment/tv/2015/10/05/c... http://www.star2.com/entertainment/tv/2017/03/23/m... http://www.bharian.com.my/node/259160?m=1 http://www.bharian.com.my/node/262263 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/perjalanan-s...